Saturday, December 12, 2009

Mimpi Mung Besta Bery Good Makang Petai Mulut Busuk

Saya cerita kat Arina (adik #1 saya) pasal pagi buta semalam kira kira pukul 3 - 4, saya mimpi tak besh. Eh tak best.

---

Semalam member ajak p makan maple. Diorang suruh ajak Jeff sekali. Lepastu akak text lah kat Jeff.

Dia cakap dia kat UiTM (so, ni kira macam situasinya kat Tronoh lah kan). Akak pun merajuk sebab dia tak bagitaw akak, dia pegi UiTM. *majukmajuk* Gile perangai aku dalam mimpi pun sama dengan real life oh! So, akak tak hantar message atau pun call dia lagi selepas malam itu. Teruk. Ya tawu, saya sedang berubah *peace*

Keesokkan harinya, tiba tiba (mimpi kan selalu kena ada tiba tiba) akak ada kat atas satu jeti ni, belakang tu ada cruise ship. Dan tiba tiba, ada Aida Safina (ni classmate saya, baru add semalam kat facebook. heee) dekat situ jugak, sama sama tunggu apa entah tataw.

Tiba tiba sekali lagi (aih. asyik tiba tiba je), ada sorang manusia ni bagitaw akak, Jeff masuk hospital.

Huhh?

Jadi kami pegi lah jenguk dia.

Dia cakap doktor cakap (fahamkan?) usus dia kena infection ke apa, macam sakit usus lah. Lepastu dia cakap doktor cakap kena tunggu sampai lusa, lepastu tengok lah macam mana result usus dia.

Kasehan diaaaa Y_Y'

---

Mimpi oh mimpi.
Kalau orang sakit sakit sampai kena warded ni yang tak berapa berkenan sangat kan?

Lepastu kitorang ada lah jugak tergelak pasal part sakit usus tu. Haha. Kalau paru paru boleh lah terima jugak, ni sakit usus, kau makan apa Jeff haaa? =P

dan tiba tiba (cehh realiti pun tiba tiba jugaa adaa)

Arina cakap, "Arina ada mimpi akak jugak haritu."


saya muka pelik, "Heh? mimpi apa?"






"Arina mimpi akak mati." sengih.



Haawwwwwwww. Tak pernah lagi dengar orang mimpi saya mati tsk tsk terharu haru.

Wednesday, December 9, 2009

Wehuu! I've found my Treasure Box!

Hey apa khabar blog Suhaili? Oh lupa pulak saya ada blog selama bercuti ni. Hehh tipu gile kau.

Eh mana bole lupa hehe takkan lupalah. Sebenarnya, selama cuti ni saya busy mengembara mencari harta karun kononkonon Seronok woh. Padahal dok melagha dengan segala macam website, setiap malam jadi pelanggan YouTube dan pelanggan setia shopping online dan facebook, setiap dua jam log in facebook sampai kena hack-status dengan abang sendiri Siaplah anda bafiq muahahaha!


*evil laugh/ gelak jahat/ gelak setan/ gelak berahi (herk berahi?) / gelakan err whatever.


Okeh. Orang nak cerita pasal harta karun beta ni. Focus people, ini kerja gila kononkonon lagi.


merepek ah kau.

Begini;

semalam adik adik perempuan saya kemas bilik. Sebab seorang tu SPM dah habes, jadi dia buang semua bahan akademik (cool gile bahan akademik), dan seorang lagi tu pun sibuk nak mengemas jugak sebab dah habes PMR, jadinya seorang lagi ni pun sibuk juga nak punggah barang (oh saya saya!). Bukan kemas, punggah. Sebab tiba tiba nampak kotak purple atas almari. Jadi dalam hati macam teruja sebabnya setiap kali balik rumah (iaitu, setiap kali cuti sem) mesti bukak kotak ni dan mengimbas kembali kenangan lalu. Hebat bukan aktiviti setiap sem saya? =)

Ini kira lebih kurang harta karun yang setiap enam bulan akan jumpa. Tak perlu cari pun sebenarnya. Haha

Tapi untuk jadikan ia lebih menarik, dan setiap cuti sem pun saya nak buat benda ni macam boleh menarik perhatian saya (haha!), jadi lebih baik kategorikan nya sebagai harta karun persendirian. Hehh ;)

Okay, setelah jumpa kotak harta karun persendirian kononkonon. Mari lihat apa harta yang saya ada:

*excited nih nak tunjuk kat orang haha.*

Jeng jeng;

1. Itu disc man kurun keberapa entah haha. Disc man ni ada cerita. Saya jeles sebenarnya dengan abang saya sebab dulu dulu bila Abah balik kerja, dan dapat barang baik, mesti kasi kat abang saya. MESTI punyalah. Sebagai seorang yang penjeles, saya simpan dendam (ceh ganas gile bunyi) iaitu; bila saya dapat disc man ni saya nak simpan.

Dan akhirnya dapat, saya simpan. Sampailah semalam, saya rasa disc man ni memberatkan kotak (atau menyemak) jadi saya buang. Muahahaha dendam dah terbuang sekali habes citer dendam berahi. (heshh apakah engkau suka sebut perkataan itu.)

Itu buku AF musim kedua ke pertama entah. Entah tataw. Ini Wan bagi. Siap dengan TShirt AF purple lagi dapat. Oh bukan bukan...Wan saya bukan pelajar AF haha lupakan.

Yang color merah tu tupperware Hello Kitty dari Jepun. Mami saya bagi (*mak saudara maksudnya kalau dalam keturunan Mami Mamu Maidin Penang). Dulu saya simpan duit RM20 (duit lama tuh haa), dan duit syiling macam macam, dari yang dua puluh tiga puluh tahun lepas punya. TAPI ini sesuatu yang ajaib dan musykil! Mana pegi semua isi tupperware itu sekarang?

damnyouh. harta karun terhebat hilang ='( Kalau jual sekarang benda be
nda tu mesti dapat paling kurang dua tiga ratus RM. wuuwuu

2. Yang bawah ni pula, segala macam tourist guide broucher coupons etc. China dan India serta Bali. Saya suka simpan benda benda ni sebab lain kali mawu pergi lagi! *berangan lah kau selama sepuluh tahun akan datang.



3. Ini dinner bag saya jahit sendiri. Yeh. Dulu dulu memang suka buat bag sendiri. Tatawlah kenapa sekarang otak tak kreatif langsung, dulu otak kreatif minda cerdas. Sekarang nak lukis Fender Telecaster pun nampak macam ikan masin kena salai T_T'



4. Ini antara benda yang buat saya senyum bila tengok harta sendiri. Hihi. Sweet atau tidak gadis yang beri saya kertas ini? Sweet sangat
♥ ! Saya tatawu macam mana tiba tiba boleh ada note ini dekat soft board saya (masatu dekat V2), bila tengok auuuw cair hati roommate saya sangat sweet okay!

dan Lina, Suhaili simpan lagi pin kuning yang Lina pin kan sekali dengan note ni taw.

aahh...terharu haru auwww
=)


5. Eheeeee skema bukan saya. Kalau tak saya nak letak nama penuh (macam saya tulis kat Batik FESCO yang saya canting tu, padahal orang lain semua letak nama singkat(?) Lepastu tadi Tok Cak saya baru tawu nama saya Nuraini selepas tengok Batik tersebut. Setelah dua puluh tahun, baru tok saudara saya tawu nama saya ada Nuraini. Wow.) tapi, tengok orang lain letak nama singkat(?), saya pun letak lah Suhaili. Hehh. Lepas dua tahun, semua campur aduk panggil; Eli, Ella pun ada kot, Ili, Suhaili, Nuraini, dan willy wonka. Next sem, sila jangan panggil saya lagi =P



6. Ni pun kenangan zaman sekolah =D Buku AF ni jadi notebook tahunan saya. Dalam tu ada tulis semuaaaa benda menarik. Yehh i think everyone knows what's inside a notebook. So tak payah cerita lebih lebih.

Yang bawah ni kad selamat hari raya. Classmates saya; Ana, Zahirah dengan Aida Safina yang bagi. Eheee suka yang kad bentuk disc tu!


Bawah lagi tu gambar kelas 5 Jaya. Anda bole lihat kat facebook saya. Hehh. Gambar masa saya berkuasa sebagai penolong ketua kelas dan semasa ketua kelas saya itu sangat baik orangnya ;) dan sekarang pun baik lagi lah an haha.

Itu yang tulis macam POPIA 1 tu sebenarnya PAI A1. Burok bukan tulisan kau Suhaili? Haha biarkan.

Yehuu;

Itulah saja sedikit cerita pasal treasure box saya. Bukan seronok pun, tapi sekurang kurangnya boleh buat saya teringat zaman dua tiga tahun lepas. Zaman pakai baju putih kain biru tudung labuh pencil case color pink semua nak pink lepastu asyik nak buli dan bagi order kat ketua kelas (jahat punya penolong ketua! haiyaa~) Dan barang barang yang boleh buat saya senyum lebar sampai ke telinga. Wehuu =D


Mana Treasure Box kamu orang? Pegi gali cepat haha!




Thursday, December 3, 2009

Hancur Malaysia kalau tak berubah

Pergi mall, tengok bersepah remaja Melayu (bukan remaja je, budak sepuluh sembilan tahun pun ada) pakaian nak underground emosi je, berkeliaran macam tak ada kerja lain. Sumpah mual.

Pelik betul. Masa zaman kami remaja, tak ada pun yang berkeliaran macam ni.

T-shirt hitam, pakai specs jaring (alaah. specs bodoh yang kalau pakai tu nampak macam ada pagar kandang ke apa kena tengok celah celah), pakai topi bajet cool lah sangat dengan rantai entah hape hape.

Yang perempuan pulak, tuh besar sembilan tahun pun ada (wey, adik aku duk rumah tolong Mak masak kot), nak pakai baju style emo je dengan fashion rambut macam harem.

Haish. Apa nak jadi entah.

Dengar cerita, ramai budak budak sekolah pegi gig.

Kau dapat apa pegi gig? Meloncat tak keruan, langgar langgar orang. Sekadar hiburan ya?

Ke nak nilai music underground? HAHA Jauuuh sekali.


* * *

Ah. Bosan tengok golongan budak remaja sekarang.



Bukan salah mak bapak kalau anak mereka degil, lawan cakap, atau tipu mereka. Ini pengaruh luar. Tak pun terpengaruh dengan abang kakak.

Suka hatilah. Jangan buat kacau kat Malaysia suatu hari nanti dah lah. Kalau tak, mahu saja ku lepuk kepala sorang sorang.



Pandai pandailah kau orang nak hidup dalam Malaysia dua puluh tahun akan datang. Semoga selamat memilih pemimpin yang betul.


Lepas geram yang dah lama simpan, lepas baca dan tengok ini: HOOOOLLYYYY FUCK!

Wednesday, December 2, 2009

Oh hello people, meet my little sister,

aela =.)


*eat out and up up away!*